WARONG S3NI: eBook PERCUMA

eBook PERCUMA

Bismillah,

Masa mula-mula kenal eBook dulu boleh dikatakan saya kerap memuat-turun eBook percuma dari pelbagai sumber. Punyalah j
akun kerana bertemu dengan zaman yang bahan rujukannya boleh didapati dengan secara percuma(online). Bermaaacam-macam genre ada dan yang semestinya yang berunsurkan akademik atau pendidikan itulah yang menjadi pilihan saya. Semoga ALLAH memberkahi kita semua.

Walau bagaimanapun, eBook saya tidaklah terlalu banyak. Namun saya percaya eBook tersebut jika dikongsikan tentu akan lebih bermanfaát untuk semua orang. Bukankah ílmu jika dikongsi tidakkan berkurang?

Baiklah, oleh demikian, saya berhasrat untuk menawarkan perkongsian secara percuma kepada pembaca semua. Di antaranya eBook tentang buku resipi masakan.Ada banyak tau! selain daripada itu saya ingin berkongsi eBook ensiklopedia pun tak seberapa sangatlah jumlahnya.

Nantikan tawaran ini kelak ya!



Nas'alullaha as-salamah wa áfiyah.
Abu Maryam Muhammad

No comments:

Post a Comment

Copyright © WARONG S3NI Urang-kurai