Pages

Friday, 15 August 2014

Flower Decorative LED Lamp

Bismillah,

Assalamu'alaykum,


Samada membeli untuk kegunaan peribadi atau untuk dijual semula. Beginilah al-kisahnya;


 ● FLOWER DECORATIVE LED LIGHT
○ Big market untuk home decoration, kenduri-kendara, wedding events, wedding planner, restaurant, rekabentuk dalaman, Lighting supplier dll.
○ Harga pasaran ialah RM200-RM250/1
○  Saya nak jual RM200/1

○  Kalau untuk jualan semula, maka saya jual RM180/1 x 5 (Probably kita ni pioneer la)
○ Apa² yang kurang jelas habaq mai na. Kita kasik terang dan telus.
○ Atau ada kawan² yang dikira berpotensi, tolong sampai²kan war
²kan ya.
○ Boleh tengok gambar ⬇


Selamat Membeli dan Berniaga!
Toko Jenggood  ⬇ ⬇ ⬇




Friday, 1 August 2014

Galeri Jenggood

Bismillah,

Ini sekadar perkongsian sahaja yakni tentang hobi. Lain orang lain hobinya. Hobi saya pula sejak kecil ialah berputar pada 2 perkara utama; membaca dan melukis(sudah bertaubat dari melukis makhluq bernyawa).

Entah bagaimana pula rupa hasil tangan ketika di usia kana-kanak riang dahulu. Puas sudah diselongkar merata tempat di rumah Mak namun tak berjumpa pulak di mana letaknya. Walaubagaimanapun, insyaa-ALLAH kelak di ruangan ini, ingin saya paparkan ialah koleksi-koleksi tak seberapa hasil conteng tangan saya sendiri yang masih berada dalam simpanan.

Ála kulli hal, di sini di antara lakaran-lakaran saya yang mungkin ada yang boleh membandingkan dari beberapa sisi seperti jenis garisan, tona warna, kromatik, komposisi objek dan sebagainya.

Selamat menjamu mata!



Nas'alullaha as-salamah wa áfiyah.
Abu Maryam Muhammad

Monday, 30 June 2014

eBook PERCUMA

Bismillah,

Masa mula-mula kenal eBook dulu boleh dikatakan saya kerap memuat-turun eBook percuma dari pelbagai sumber. Punyalah j
akun kerana bertemu dengan zaman yang bahan rujukannya boleh didapati dengan secara percuma(online). Bermaaacam-macam genre ada dan yang semestinya yang berunsurkan akademik atau pendidikan itulah yang menjadi pilihan saya. Semoga ALLAH memberkahi kita semua.

Walau bagaimanapun, eBook saya tidaklah terlalu banyak. Namun saya percaya eBook tersebut jika dikongsikan tentu akan lebih bermanfaát untuk semua orang. Bukankah ílmu jika dikongsi tidakkan berkurang?

Baiklah, oleh demikian, saya berhasrat untuk menawarkan perkongsian secara percuma kepada pembaca semua. Di antaranya eBook tentang buku resipi masakan.Ada banyak tau! selain daripada itu saya ingin berkongsi eBook ensiklopedia pun tak seberapa sangatlah jumlahnya.

Nantikan tawaran ini kelak ya!



Nas'alullaha as-salamah wa áfiyah.
Abu Maryam Muhammad